KAILASA Library/PENGALAMAN KEHIDUPAN yang berbahagia/NITHYA DIYAANSign in
PENGALAMAN KEHIDUPAN yang berbahagia

NITHYA DIYAAN

This text was machine-transcribed from the printed book and may contain errors. Select the words and choose “Report a mistake”.

(Meditation for Eternal Bliss)

Meditasi adalah sebuah kaedah yang memberi banyak faedah kepada manusia. Terdapat pelbagai meditasi dalam masa kini, Nithya diyaan juga adalah salah satu meditasi yang memberi banyak faedah sangat berkesan kepada manusia. Sebelum saya menerangkan tentang Nithya diyaan. Saya ingin menceritakan pengalaman saya secara ringkas. Apabila saya memulakan kajian tentang teknik meditasi, saya mendapat pelbagai pengalaman yang amat baru. Kajian yang pertama tentang Ananda Spurna Program (Life bliss program) saya mula dengan kajian tujuh chakras yang berada dalam kita. .Tujuh Chakras sangat penting kerana chakras ini memberi pelbagai tenaga dan mengawal kesihatan kita daripada sebarang masalah. Saya mengaturkan pelbagai cara untuk membersihkan tujuh chakras ini. Apabila kita membersihkan tujuh chakras ini kita boleh mendapat kehidupan yang tenang dan gembira serta mendapat kesihatan yang amat baik. Selepas penyelidikan ini saya mengaturkan pelbagai program iaitu Nithyananda Spurana Program, Atma Spurana Program dan lain-lain. Program-program ini membawa kesempurnaan dan kesedaran diri yang sebenar. Saya mengaturkan lebih 100 jenis meditasi dalam keseluruhan program saya kerana semua jenis teknik memberi banyak faedah kepada semua manusia dan mewujudkan kesedaran diri.

Di samping itu juga, terdapat ramai orang menanya cara yang saya menggunakan untuk mendapat teknik meditasi ini. Saya memberitahu dengan anda, apabila anda mencuba teknik-teknik ini, anda juga boleh mendapat faedah yang amat baik. Namun meditasi ini, mendatangkan lebih banyak kebaikkan. Saya sangat kagum dengan masyarakat ialah semangat mereka, mengunakan masa lapang dengan berfaedah kerana mereka mempunyai keinginan untuk memperolehi tentang nithya diyaan. Semasa kita membuat meditasi ini, kita menggunakan mantra dan kita menumpukan perhatian kepada mantra ini. Rishi-rishi pula, mengatakan apabila kita mula mengulangi mantra-mantra ini, dan mendapat pelbagai tenaga. Namun ada sesetengah masyarakat yang tidak suka membuat meditasi. Sekarang kita akan mengenali tentang meditasi.